Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sabtu, 16 Mei 2026 | 28 Zulkaedah 1447

Artikel dan Kajian

Terkorban dalam perjalanan menuntut ilmu adalah syahid akhirat
18 Jun 2025

Terkorban dalam perjalanan menuntut ilmu adalah syahid akhirat

Diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah daripada Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda:
.
إذا جاء المَوْتُ لِطَالِبِ العلمِ وهوَ على هذه الحالةِ ماتَ وهوَ شَهيدٌ.
.
"Jika maut datang kepada penuntut ilmu dalam keadaan dia menuntut ilmu, maka dia mati sebagai seorang syahid." (Riwayat Al-Bazzar dalam Musnad).
.
Maksud “syahid” dalam hadis yang lalu merujuk kepada istilah Syahid Akhirat. Ini sepertimana yang disebutkan oleh Al-allamah Abdul Rauf Al-munawi:
.
شهادة أخروية أي في حكم شهيد الآخرة فينال درجة شهيد الآخرة فذلك دليل حسن الخاتمة وفيه ترغيب عظيم في طلب العلم والدوام عليه وإن طعن في السن وأشرف على الهرم ليأتيه الموت على تلك الحالة فيكون من الشهداء.
.
“Ia merupakan(kesyahidan) akhirat, iaitu dalam hukum dianggap sebagai syahid di akhirat, lalu dia memperoleh darjat syahid akhirat. Ini menjadi bukti bagi husnul khatimah (pengakhiran yang baik), serta mengandungi galakan yang besar untuk menuntut ilmu dan terus istiqamah dalamnya, walaupun sudah lanjut usia dan menghampiri usia tua, agar kematian datang kepadanya dalam keadaan itu, lalu dia tergolong dalam kalangan para syuhada”. (Fayd Al-Qadir Syarh Al-jami’ Al-saghir (324/1))
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 08 Jun 2026. Jumlah Pelawat : 1,736,840
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia

Jumlah:

119

Countries
1736840
Hari Ini: 1,904
Minggu Ini: 16,228
Bulan Ini: 43,741
Tahun Ini: 460,616