Jabatan Mufti Negeri Pahang

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN KERJA

Mohd Anis Bin Mohd Azmi

Berkelulusan Sarjana Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan) Universiti Malaya  (2019), Sarjana Muda (Hons.) Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Zaqaziq Mesir (2007) dan Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kuantan (2002). Sekarang, beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Doktorat dalam bidang Syariah (Syariah dan Undang-Undang) di Universiti Malaya. Beliau pernah menyambung pengajian diperingkat Sarjana Muda di Institut Agama Islam Negeri, Medan Indonesia sebelum berangkat ke Mesir.

Beliau juga memiliki Sijil Kefatwaan dari Institusi Darul Ifta’ Republik Arab Mesir (2023) dan juga sedang mengikuti kursus Pemantapan Kemahiran Pegawai Falak (Sijil Penentuan Arah Kiblat) di Universiti Malaya.

Dari sudut ikhtisas, beliau merupakan Setiausaha Jawatankuasa Falak Syarie Negeri Pahang (01.01.2024 – 31.12.2025), Setiausaha Jawatankuasa Penasihat Akidah Negeri Pahang (01.01.2024 – 31.12.2025), Panel Akidah dan Syariah  Negeri Pahang (2023 – 2025), Guru Takmir Daerah Pekan (01.01.2024 – 31.12.2025),dan Guru Briged MUIP Daerah Kuantan (hingga kini).

Beliau berpengalaman luas sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di beberapa bahagian di Jabatan Agama Islam Pahang. Pernah bertugas sebagai Timbalan Qadhi Daerah Cameron Highlands (2008-2011), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (2011 – 2012), Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (2013-2016), Timbalan Qadhi Daerah Kuantan (2016 – 2020), dan Timbalan Qadhi Daerah Pekan (2020-2022). Ketika bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syariah, beliau pernah menanggung tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian tersebut.

Beliau juga aktif dalam pengajaran di kalangan pelajar, mahasiswa, jabatan kerajaan sehingga ke pimpinan masyarakat, penulisan akademik dan penyelidikan.

Manakala kepakaran beliau adalah berkaitan dengan bidang perundangan jenayah syariah, perundangan keluarga Islam, dakwah, dan kaunseling keluarga.

Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ketika bertugas di Pejabat Qadhi Daerah Kuantan (2017).