Jabatan Mufti Negeri Pahang

1.  Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan jabatan

2. Memastikan jawapan soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.

3. Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja dari permintaan fatwa yang telah dikenalpasti.

4. Memastikan kertas kerja fatwa (endorsment) siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

5. Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja setelah minit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan.

6. Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang bersesuaian sebanyak 7 hari setahun.

7. Memastikan Teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat pertama pada bulan berikut.

8. Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun.

9. Memastikan permohonan arah kiblat dilaksanakan dalam masa 15 hari setelah permohonan

    diterima.