Jabatan Mufti Negeri Pahang

AKIDAH

Soalan :
Siapakah sebenarnya Zulkarnain yang disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Kahfi ?

Jawapan :
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam atas Nabi besar Junjungan kita Muhammad SAW berserta keluarga dan sahabatnya , dan mereka-mereka yang mengikut
segala sunnah Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat. Terima kasih kepada saudara, diatas soalan yang telah diajukan kepada kami.

Di dalam Surah al-Kahfi Allah SWT telah menyebut seorang tokoh agung zaman silam yang digelar sebagai “Zulkarnain”. Akan tetapi sehingga kini pemilik nama “Zulkarnain” ini masih terus menjadi misteri kepada seluruh umat manusia.

Para penyelidik dan pengkaji sejarah berterusan mencari, siapakah tokoh agung tersebut dalamsejarah Islam dan kajian arkeologi turut dijalankan bagi merungkai teka-teki tersebut. Namun setelahratusan tahun berusaha mencari jawapan, masih lagi tiada kepastian pembuktian tersebutmenyebabkan hampir keseluruhan identiti dan sejarah hidup Zulkarnain kekal menjadi misteri.
Di sini ada sedikit kisah Zulkarnain yang diceritakan oleh Allah SWT menerusi surah Al-Kahfi ayat 83-98:

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَن ذِى ٱلْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُوا۟ عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْرًا

Bermaksud : Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: “Nanti kuceritakan kepada kamu ceritanya yang disebutkan (dalam Quran)”. Ayat : 83

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُۥ فِى ٱلْأَرْضِ وَءَاتَيْنَـٰهُ مِن كُلِّ شَىْءٍۢ سَبَبًۭا
Bermaksud : “ Sesungguhnya Kami teguhkan kekuasaanya di muka bumi ini, dan Kami kurniakan sebab (jalan) kepadanya untuk mencapai segala sesuatu.” Ayat : 84

فَأَتْبَعَ سَبَبًا 
Bermaksud : “Lalu diturutnya jalan itu”. Ayat : 85

حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ ٱلشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِى عَيْنٍ حَمِئَةٍۢ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْمًۭا ۗ قُلْنَا يَـٰذَا ٱلْقَرْنَيْنِ إِمَّآ أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّآ أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًۭا 
Bermaksud :“Sehingga apabila sampai (di negeri) tempat matahari terbenam, didapatinya matahari itu terbenam di dalam laut yang hitam . Dan didapatinya juga disana (ada) satu bangsa. Kami berkata: “Hai Zulkairnain ! (engkau boleh) sama ada menyeksa mereka atau engkau perlakukan dengan baik”. Ayat : 86

قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُۥ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِۦ فَيُعَذِّبُهُۥ عَذَابًۭا نُّكْرًۭا
Bermaksud : “(Zulkarnain) menjawab : “Adapun orang yang aniaya nanti akan saya seksa dia, kemudian itu dia dikembalikan kepada Tuhannya, dan Tuhan akan menyeksanya dengan seksaan yang keras”. Ayat : 87

وَأَمَّا مَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا فَلَهُۥ جَزَآءً ٱلْحُسْنَىٰ ۖ وَسَنَقُولُ لَهُۥ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًۭا
Bermaksud :“Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, dia akan memperoleh balasan yang baik, dan akan kami perintahkan kepadanya perintah yang ringan “. Ayat : 88

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا
Bermaksud : “Kemudian dia turut jalan (yang lain)”. Ayat : 89

.
حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ ٱلشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍۢ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْرًۭا 
Bermaksud :“Sehingga apabila dia sampai (ke negeri) tempat matahari terbit, didapatinya mempunyai bangsa yang tidak kami adakan untuk mereka (pakaian) penutup badannya. Ayat :90

كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًۭا
Bermaksud :“Begitulah keadaanya. Sesungguhnya Kami cukup menegtahui tentang dirinya”. Ayat : 91

ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا
Bermaksud : “Kemudian ditrutnya pula jalan (yang lain)”. Ayat : 92

حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ ٱلسَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًۭا لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًۭا
Bermaksud :“Sehingga ketika dia sampai di antara dua empangan (gunung) didapatinya di sebalik keduanya (ada) suatu bangsa yang hampir tidak memahami sesuatu kata”. Ayat : 93

قَالُوا۟ يَـٰذَا ٱلْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰٓ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّۭا
Bermaksud :“Mereka berkata, Hai Zulkarnain ! Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah perosak dimuka bumi. Maka adakah sebaiknya Kami memberi pembayaran kepada engkau,supaya engkau buatkan antara Kami dengan mereka batas (dinding)”. Ayat : 94

قَالَ مَا مَكَّنِّى فِيهِ رَبِّى خَيْرٌۭ فَأَعِينُونِى بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا
Bermaksud :“Zulkarnain menjawab : “(Kekuasaan) yang ditetapkan oleh Tuhanku kepadakulebih baik (daripada pembayaranmu), Cuma bantu sahajalah aku dengan kekuatan (pekerjapekerja) untuk aku buatkan antara kamu dengan mereka bentang”. Ayat : 95

ءَاتُونِى زُبَرَ ٱلْحَدِيدِ ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ ٱلصَّدَفَيْنِ قَالَ ٱنفُخُوا۟ ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَعَلَهُۥ نَارًۭا قَالَ ءَاتُونِىٓ أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًۭا
Bermaksud : “Bawalah kepadaku beberapa ketul besi, sehingga apabila besi-besi itu menyamai tingginya kedua tebing gunung itu, dia berkata : Hembuskanlah api !” ketika besi-besi itu telah menjadi cecair yang berapi, di berkata pula : “Bawalah kepadaku leburan tembaga, supaya ku tuangkan keatasnya menjadi padu ”. Ayat : 96

فَمَا ٱسْطَـٰعُوٓا۟ أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا ٱسْتَطَـٰعُوا۟ لَهُۥ نَقْبًۭا
Bermaksud : “Mereka tidak dapat memanjatnya dan tidak dapat menebuknya”. Ayat : 97

قَالَ هَـٰذَا رَحْمَةٌۭ مِّن رَّبِّى ۖ فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ رَبِّى جَعَلَهُۥ دَكَّآءَ ۖ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّى حَقًّۭا
Bermaksud : “Dia berkata : “Inilah suatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila telah datang janji Tuhanku, necsaya dinding itu dihancurkan-Nya juga dan adalah janji Tuhanku itu benar”. Ayat :98

Kehidupan sebenar Zulkarnain dalam Surah Al-Kahfi dan kehebatannya masih menjadi misterisehingga kini. Walaupun tidak banyak sejarah hidup tokoh ini diketahui, namun apabila
digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran telah menunujukkan kehebatannya di muka bumi ini dan amat besar peranannya.

Beliau merupakan seorang tokoh yang bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan kepada manusia di atas muka bumi ini. Tembok tersebut hanya akan runtuh apabila dunia hampir kiamat kelak.

Di dalam al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci tentang Zulkarnain akan tetapi gambaranyang diberikan menunjukkan betapa hebatnya peribadi tokoh ini. Beliau merupakan seorang tokoh pemerintah yang berperibadi mulia, adil, beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa, membebaskan kezaliman dan menegakkan keadilan. Beliau mengembara menuju arah barat sebelum ke timur dan meneruskan perjalannya ke kawasan pergunungan.

Berdasarkan kepada petunjuk dari al-Quran yang menceritakan ketokohan Zulkarnain ada dikalangan para pengkaji dan penyelidik mencari siapakah Zulkarnain dan hasilnya mereka mendapati tiga tokoh lampau yang dikaitkan sebagai Zulkarnain, antaranya Iskandar dari Macedonia yang turut dikenali sebagai ‘Alexander The Great’. Iskandar dikatakan lemah lembut, pintar, berani dan berwawasan jauh. Pengembaraan Iskandar dikatakan menepati ciri geografi dalam Surah Al-Kahfi. Walaubagaimanapun setelah dikaji dan diteliti secara mendalam ada dikalangan pengkaji dan penyelidik menyangkal Iskandar adalah Zulkarnain kerana beliau (Iskandar) menyembah banyak dewa Yunani dan sering berpesta, minum arak malah memiliki lelaki sebagai kekasihnya.

Terdapat seorang lagi yang disamai dengan Zulkarnain iaitu Kursy al-Farisi. Beliau merupakan Raja Parsi dan lebih dikenali sebagai ‘Cyprus The Great’ . Beliau berjaya menyatukan kembali Kerajaan ‘Lyda’ dan ‘Midya’ dan menjadi pemerintah Parsi pertama. Dari sudut peribadi, Kursy menyembah satu Tuhan, berpekerti mulia, beramal soleh dan adil.

Pengembaraan Kursy turut bertepatan dengan faktor geografi surah al-Kahfi dan terdapat lokasi pengembaraan pemerintah Parsi itu menyerupai lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj. Selain Iskandar dan Kursy, ada pendapat lain yang menyatakan bahawa Zulkarnain merupakan seorang pemerintah pada zaman nabi Ibrahim AS. Raja itu pernah bertawaf di Kaabah bersama Nabi Ibrahim, malah pernah membantu rasul itu mengembalikan telaga baginda yang dirampas pihak tertentu pada zaman tersebut. Walaubagaimanapun tidak banyak sumber sahih mengenai raja berkenaan menyebabkan ia sukar dikaitkan sebagai Zulkarnain berbanding Kursy.

Berdasarkan pandangan imam Asy-Syaukani dalam kitab Mukhtasar Tarikh Damsyiq Li Ibni Asakir, melalui riwayat yang sahih daripada Ibnu Abbas ra menyatakan :
“Sesungguhnya Zulkarnain merupakan seorang hamba yang soleh yang memiliki kerajaan yang sangat luas(berpengaruh)”.

Secara kesimpulannya, kami berpandangan Zulkarnain merupakan seorang tokoh yang tidak boleh kita nafikan kewujudannya, kerana ia telah diwahyukan serta diceritakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW di dalam Al-Quran. Walaupun kita tidak mengetahui secara keseluruhannya kisah tokoh ini, namun kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, wajib kita imani dengan sepenuhnya. Mudah-mudahan dengan sedikit pendedahan kisah tokoh ini, dapatlah kita jadikan sebagai contoh, pedoman dan sumber inspirasi dalam meneruskan kehidupan kita di dunia ini sehingga ke akhir hayat.

Rujukan :
1. Al-Quran dan Terjemahan.
2. Tafsir Munir, Dr. Wahbah Azzuhaili, darul Fikr 246 : 8.
3. Mukhtasar Tarikh Damsyiq Li Ibni Asaakir, 216 : 8.