Jabatan Mufti Negeri Pahang

MUNAKAHAT

Soalan :

Apakah status perkahwinan seorang perempuan (anak dara) yang menggunakan wali hakim sedangkan wali bukan mujbir (adik beradik) ada tetapi telah disembunyikan oleh perempuan atau keluarga perempuan tersebut? Adakah nikah perempuan tersebut sah? Adakah wali tersebut dikategori sebagai wali ghaib atau wali ditahan yang dibolehkan berpindah perwalian kepada wali hakim?

  Jawapan

Soalan :

Apakah hukum lafaz cerai sorih tapi hanya gerakan lidah, hanya mengeluarkan bibir tanpa mengeluarkan suara. Jatuh talak ke?

Jawapan

Soalan:

1). Adakah isteri menjadi hak milik suami dan perlu taat kepada ibu mertua sebagaimana suami taat kepada ibunya?

2). Adakah berdosa suami dan isteri balik hujung minggu berasingan ke kampung masing-masing, walaupun suami telah beri keizinan kepada isteri untuk balik ke kampung isteri pada hujung minggu? Keadaan mak isteri masih sihat dan tidak uzur, tiada sakit kritikal

Jawapan

Soalan:

1. Adakah tempoh dikira dalam tempoh masa iaitu 90 hari dari tarikh bercerai?

2. Di dalam tempoh iddah adakah pihak lelaki masih bertanggungjawab menanggung  nafkah makan minum pakai serta tempat tinggal pihak wanita di dalam waktu tempoh iddah? Selain pembayaran iddah yang ditetapkan oleh pihak mahkamah?

3. Adakah pihak lelaki dan pihak perempuan masih dikira sebagai suami isteri di dalam tempoh iddah?

Jawapan

Soalan :

Apakah hukum mengambil ubat Viagra bagi mendapatkan zuriat?

Jawapan :
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , selawat dan salam atas Nabi besar Junjungan kita Muhammad SAW berserta keluarga dan sahabatnya, dan mereka-mereka yang mengikuti
segala sunnah Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat. Terima kasih kepada saudara sekalian, di atas soalan yang telah diajukan kepada kami.

Secara umum ubat ialah bahan yang digunakan untuk meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit serta meningkatkan taraf kesihatan. Ubat boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan diambil dengan bermacam cara. Sekiranya ubat diguna seperti diarahkan, InysaAllah ia dapat merawat atau mengawal penyakit sama ada ubat tersebut bagi tujuan merawat zahir tubuh atau masalah lemah tenaga batin seperti penggunaan viagra atau seumpamanya.

Di dalam Islam keharusan menggunakan ubat bergantung kepada status halal yang telah digariskan oleh syarak iaitu dengan memenuhi syarat-syarat berikut:


1. Tidak mengandungi bahan daripada haiwan yang tidak halal atau tidak disembelih mengikut syarak.
2. Tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
3. Selamat untuk diambil, tidak beracun, tidak merosakkan atau memabukkan dan tidak membahayakan kesihatan.
4. Tidak disedia, diproses atau dihasilkan menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak.
5. Tidak mengandungi apa-apa bahagian tubuh manusia atau hasil daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.

Justeru sekiranya viagra yang ditanya oleh pihak tuan mempunyai ciri-ciri seperti di atas maka ia harus digunakan oleh pelanggan tuan yang bertanya itu.
Hukum Menggunakan Viagra Bagi Mendapatkan Zuriat Sebagai agama yang lengkap dan sempurna, Islam memelihara dan menyelesaikan permasalahan
dan keperluan manusia yang boleh dibahagikan kepada 5 prinsip utama iaitu Agama, Nyawa, Akal, Keturunan/Nasab dan Harta Benda.

Justeru bagi mendapat zuriat demi memelihara keturunan termasuk di dalam 5 prinsip di atas. Oleh itu harus hukumnya jika pasangan berikhtiar bagi mendapatkan zuriat dengan menggunakan viagra atau seumpamanya bagi memelihara kesihatan tubuh badan, ini kerana Allah memerintahkan supaya kita berusaha mencari ubatnya dan memohon kesembuhan dariNya.Walau bagaimanapun pasangan tersebut perlu mendapat kaunseling daripada doktor pakar terlebih dahulu sama ada viagra tersebut sesuai atau tidak. Ini kerana viagra mempunyai kesan sampingan yang serius bagi orang-orang tertentu. Di samping mendapatkan kepastian dari pihak farmasitikal sama ada viagra itu mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak. Ini kerana semenjak viagra berada di pasaran pelbagai jenis versi viagra telah dijual di kedai-kedai ubat di seluruh negara. Dalam aspek Nasab/Keturunan, Islam menjaganya dengan mengizinkan perkahwinan supaya keturunan dapat diteruskan di samping melindungi keturunan dengan mengharamkan zina dan
pergaulan bebas yang akan merosakkan keturunan manusia. Keperluan Merawat Penyakit Menurut Syarak Islam sangat mengambil berat dalam aspek penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit. Umat Islam disuruh menjaga tubuh badan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berikhtiar mengubat
apabila dijangkiti penyakit. Ini bertepatan dengan pesanan Rasulullah:


“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawarnya, dan Dia telah menjadikan bagi setiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua
berubat dengan benda-benda yang haram” – Hadis riwayat Abi Darda r.a.


Ringkasnya, hukum berubat ada dua iaitu wajib dan harus. Bagi orang awam, hukumnya harus iaitu ketika ia masih dapat menanggung kesakitan, dapat bersabar ataupun penyakit itu belum
teruk. Keperluan berubat menjadi wajib ke atas umat Islam yang tidak mampu menanggung kesakitan yang dialaminya ataupun penyakit itu boleh mengancam nyawanya.

Oleh sebab itu, umat Islam mempunyai pilihan sama ada hendak berusaha mengubati penyakit ataupun bersabar menanggung kesakitan yang merupakan ujian Allah.Walaubagaimanapun, hukum berubat ini boleh berubah menjadi haram apabila pesakit itu beriktikad yang kuasa menyembuhkan penyakit adalah daripada ubat yang digunakan sedangkan
hakikat penyembuhan adalah kuasa Allah. Begitu juga sekiranya pesakit berubat dengan bendabenda yang diharamkan dan dilarang oleh syarak.

Rujukan :
1) Al-Quran dan terjemahannya.
2) Abdul Rahman, (2010). Halalkah Ubat Anda? Ubat daripada sumber babi dan pilihan
alternatif. Kuala Lumpur, Malaysia: H Science Solution
3) Harmy, M.Y, Syamsul, K.A, Rosediani, M., & Wan Nor Ainon, W.A. (2011). Fikah
Perubatan. Malaysia: PTS Millennia
4) MS2424:2012 Halal Pharmaceuticals – General Guidelines. Jabatan Standard Malaysia

Soalan:

Saya nak bertanya. Adakah boleh isteri yang dalam iddah kematian suami berpindah duduk di
rumah anak sekiranya tiada yang temankan ibu di rumah asal dimana ibu dulu tinggal bersama
suami?

Jawapan