Jabatan Mufti Negeri Pahang

Mufti merupakan satu jawatan yang tertinggi dan dihormati di Malaysia. Di Pahang jawatan Mufti diwujudkan secara rasmi bermula di zaman pemerintahan Bendahara Wan Ali (1806-1857), di mana mufti diberikan tanggungjawab menasihati sultan dan mengajar kerabat-kerabat Diraja.
 
Menurut catatan sejarah, Mufti Pahang semasa itu ialah Tuan Haji Abdul Shukur dan selepas itu, Tuan Haji Habib Muhammad Amin pula dilantik sebagai Mufti, namun begitu kedua-dua tokoh tersebut tidak dapat disahkan sebagai Mufti berdasarkan kepada catatan rekod perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan Pahang. Berdasarkan catatan rekod, Mufti Pahang yang pertama ialah Haji Uthman bin Senik (1905-1918) yang lebih dikenali sebagai Haji Montok.
 
Dalam struktur organisasi Majlis dan Jabatan Agama Islam Pahang (sebelum perlaksanaan penyusunan semula struktur organisasi, Mufti diletakkan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang). Hanya satu jawatan sahaja diwujudkan iaitu jawatan Mufti, tiada Timbalan dan kakitangan pembantu. Mufti adalah anggota tetap Majlis Ugama Islam Pahang. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Unit Pemodenan Pentadbiran Dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dalam laporan kajian penyusunan semula Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sebagaimana yang telah diluluskan telah memperakukan supaya Jabatan Mufti diasingkan terus daripada Majlis / Jabatan Agama Islam Pahang mulai 1 Januari 1997.

TOKOH-TOKOH MUFTI PAHANG

1905-1918

Tuan Haji Sheikh Uthman Bin Haji Senik

1939-1950

Tuan Haji Abas Bin Taha

1950-1951

Tuan Haji Sheikh Abdul Rahim Bin Ibrahim Al Samanudi

1951-1976

Tuan Haji Abdul Bakar bin Mat Yassin

1982-1997

Dato' Haji Mohd Taib Bin Haji Hassan

1997-2006

Dato' Haji Sulaiman Bin Haji Ahmad

2006 - 2024

DSAR
Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman

2024-KINI

prof dato dr.
YBhg. Profesor Dato' Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim,
DSSS., PMK., CPIF.