Jabatan Mufti Negeri Pahang

Panduan Adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri Menurut Islam

 
  • Memperbanyakkan takbir
  • Bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat Hari Raya
  • Menghidupkan malam raya
  • Solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya.
  • Mandi Sunat
  • Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang terbaik dan memakai bau-bauan sebelum keluar solat
  • Bersarapan dan bersedekah
  • Makan sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri dan memperbanyakkan sedekah sekadar yang mampu
  • Solat Aidilfitri
  • Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat lebih awal, sementara imam disunatkan datang lewat sedikit
  • Mengikuti jalan yang berbeza
  • Pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula melalui jalan yang lain
  • Bergembira pada hari raya
  • Menzahirkan keceriaan, ziarah menziarahi serta mengucapkan ucapan yang baik
  • Menjaga batas
  • Tidak berjabat salam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram