Jabatan Mufti Negeri Pahang

Panduan Solat Sunat Dhuha

๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€
Merupakan amalan yang sentiasa diamalkan oleh Masyarakat Islam yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. Waktunya pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:


ุฃูŽูˆู’ุตุงู†ูŠ ุฎู„ูŠู„ูŠ ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจุซู„ุงุซ: ุตููŠุงู… ุซู„ุงุซุฉ ุฃูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽู‡ู’ุฑูุŒ ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠ ุงู„ุตุญู‰ุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ุฃููˆุชูุฑูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุงู…ูŽ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.
[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]


๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€


Solat sunat Dhuha tidaklah terhad kepada dua rakaat sahaja, para fuqaha al- Syafi’eyyah menjelaskan bahawa bilangan rakaat paling afdhal bagi solat dhuha adalah sebanyak 8 rakaat manakala bilangan rakaat paling maksimum adalah sebanyak 12 rakaat seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi.
Imam Al-Nawawi yang berkata: โ€œSesungguhnya Nabi SAW melakukan solat dhuha ini pada sebahagian waktu dan baginda meninggalkannya pada sebahagian waktu yang lain, takut-takut orang ramai menyangka ia sebagai wajib atau takut-takut ia difardhukan ke atas merekaโ€. Perbuatan baginda SAW meninggalkan sekali sekala kerana kedudukan baginda sebagai sumber hukum. Justeru, umatnya digalakkan istiqamah (berterusan) melakukannya dan ia adalah sunnah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/37))

๐‹๐€๐…๐€๐™ ๐๐ˆ๐€๐“ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€

ุฃุตู„ูŠ ุณูู†ู‘ูŽุฉูŽ ุงู„ุถู‘ูุญูŽู‰ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู†ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽูŠ
Lafaz niatnya; “Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€
Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah.
Namun antara surah-surah yang disarankan dalam solat dhuha ialah:
โ€ข Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
โ€ข As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
โ€ข Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

ย 

๐ƒ๐Ž๐€ ๐’๐„๐‹๐„๐๐€๐’ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€

Ini menurut hadis sahih dari โ€˜Aisyah radhiyallahu โ€˜anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูุจู’ ุนูŽู„ูŽูŠูŽู‘ุŒ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุชูŽู‘ูˆูŽู‘ุงุจู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
โ€œAllahummagh fir lii wa tub โ€˜alayya, innaka antat tawwabur rahiimโ€
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali. (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619).

Dalam pada itu juga terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ุถูŽู‘ุญูŽุงุกูŽ ุถูŽุญูŽุงุกููƒูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽู‡ูŽุงุกูŽ ุจูŽู‡ูŽุงุกููƒูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽู…ูŽุงู„ููƒูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ู‚ููˆูŽู‘ุชููƒูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูุฏู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูุฏู’ุฑูŽุชููƒูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุนูุตู’ู…ูŽุฉูŽ ุนูุตู’ู…ูŽุชููƒูŽุŒ ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูุฒู’ู‚ููŠู’ ูููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ููŽุฃูŽู†ู’ุฒูู„ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠู’ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ููŽุฃูŽุฎู’ุฑูุฌู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูุนูŽุณูู‘ุฑู‹ุง ููŽูŠูŽุณูู‘ุฑู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุญูŽุฑูŽุงู…ู‹ุง ููŽุทูŽู‡ูู‘ุฑู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุจูŽุนููŠู’ุฏุงู‹ ููŽู‚ูŽุฑูู‘ุจู’ู‡ูุŒ ุจูุญูŽู‚ูู‘ ุถูุญูุงุฆููƒูŽ ูˆูŽุจูŽู‡ูŽุงุฆููƒูŽ ูˆูŽุฌูŽู…ูŽุงู„ููƒูŽ ูˆูŽู‚ููˆูŽู‘ุชููƒูŽ ูˆูŽู‚ูุฏู’ุฑูŽุชููƒูŽ ุขุชูู†ููŠ ู…ูŽุง ุขุชูŽูŠู’ุชู ุนูุจูŽุงุฏููƒูŽ ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญููŠู’ู†ูŽ
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatan Mu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, keluarkanlah, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba- hambaMu yang soleh.

Rujukan:
1) Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi
2) Munyatul musolli
3) Sabil Al-Muhtadin