Jabatan Mufti Negeri Pahang

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN KERJA

dato'timbalan mufti

DATO' HAJI BADLI SHAH BIN HAJI ALAUDDIN DIMP., AMP., PPC.

Berkelulusan Sarjana Sains (Falsafah & Tamadun Islam) Universiti Malaysia Terengganu (2012), B.A (Hons.) Usuluddin (Tafsir), Universiti al-Azhar, Mesir (1999) dan Diploma Dakwah Islamiah, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (1997).

Dari sudut ikhtisas, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Adat Resam Melayu Pahang (01.01.2024 – 31.12.2025), Ahli Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Orang Islam Negeri Pahang (01.01.2024 – 31.12.2025), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Panel Semakan Khutbah Negeri Pahang (2023 – 2024), Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Pahang (2023 – 2024), Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (2023 – 2024) dan Pengarang Kehormat, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (16.05.2016 – kini).

Beliau berpengalaman luas sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di pelbagai bahagian di Jabatan Agama Islam Pahang. Pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (2000 – 2001), Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid (2001), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (2001 – 2008), Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh (2008), Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Dakwah (2008 – 2009), Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Penyelidikan (2011 – 2014), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau (2014 – 2019) dan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan (2019 – 2023).

Beliau telah menulis lebih daripada 50 penerbitan termasuk buku, artikel majalah dan artikel jurnal yang diindeks dalam ERA dan jurnal berindeks tinggi yang lain. Beliau juga aktif dalam pengajaran di pelbagai platform media dalam dan luar negara, penulisan akademik, latihan, perundingan dan penyelidikan.

Manakala kepakaran beliau adalah berkaitan dengan bidang dakwah, budaya Nusantara, Pengurusan Masjid – terutamanya dalam Penilaian, Pengurusan dan Keberkesanan Latihan Pegawai Masjid (Behavioural Science). Beliau juga berkemahiran dalam Pembangunan Instrumen Kajian Sains Sosial, Analisis Data menggunakan SEM-PLS, Data Science, Applied Econometrics, Analytical Statistics dan Quantitative Social Research.

Antara pencapaian dalam bentuk anugerah yang diperolehi ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (2015), Ahli Mahkota Pahang (2008), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2017) dan Anugerah Belia Negara Negeri Pahang (2014).