Jabatan Mufti Negeri Pahang

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN KERJA

fadh

Mohd Fadhlur Rahman Bin Mohamed Rosly

Berkelulusan Sarjana pengajian Islam Open Universiti Malaysia  (2018), Sarjana Muda (Hons.) Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Tanta Mesir (2010) dan Diploma Syariah Islamiah , Pusat Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (MINDA), Sungai Petani, Kedah (2005).

Dari sudut ikhtisas, Panel Halal Negeri Pahang, pernah memegang tauliah mengajar dan Guru Ta’mir Negeri Perak.

Pengalaman pekerjaan sebagai Imam Masjid Raudhah Taman guru, Kuantan(2019), Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh Perak(2017), Pensyarah Institut Teknologi Perak(2012), Imam Rawatib Masjid Hidayah, Paya Besar( 2011) dan yang terkini berkhidmat di Jabatan Mufti Negeri Pahang (2020-kini).

Beliau aktif dalam pengajaran di kalangan pelajar, mahasiswa, jabatan kerajaan dan Masyarakat di Masjid, surau dan sebagainya. Dan aktif juga membentang kertas-kertas kerja yang telah diputuskan keputusannya dalam Mesyuarat Jawatakuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kepada Masyarakat melalui program-program Bahagian Fatwa.