Jabatan Mufti Negeri Pahang

Seminar Fiqh Astronomi Peringkat Daerah Bentong

Bentong, 28  Oktober 2021– Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program Seminar Fiqh Astronomi Peringkat Daerah Bentong bagi tahun 2021 pada hari ini. Seminar ini telah disampaikan oeh Encik Shahrin Bin Ahmad daripada Pengasas Falak Online.

Tujuan program ini diadakan bagi mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu falak astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam dan satu ilmu yang perlu dipelajari khususnya setiap individu serta menjelaskan isu-isu berkaitan gerhana bulan dan matahari yang merupakan tanda keagungan Illahi.

Seramai 100 orang peserta yang terlibat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekangkan penularan wabak Covid-19. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Lipis  bekerjasama dalam menjayakan program seminar ini.

Ucapan perasmian dan penyampaian sijil penghargaan beserta cenderahati telah disampaikan oleh  YH Dato’ Haji Abdul Zaki Bin Md Zain (Sahibul Fadhilah Mufti Negeri Pahang).