Pekan, 10.07.2021 – Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang telah melakukan Cerapan Hilal bagi bulan Zulhijjah 1442H di beberapa lokasi dan Balai Cerapan Negeri Pahang.
Lokasi yang terlibat iaitu Tapak Cerapan Hilal Tg. Batu, Pekan, Tapak Cerapan Hilal Bukit Pelindung, Kuantan, Tapak Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands dan juga di Menara 188, Kuantan, Pahang.