Jabatan Mufti Negeri Pahang

Program Bicara Mufti Jabatan Mufti Negeri Pahang

RAUB, 27 Jun 2022 – Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bicara Mufti Peringkat Daerah Raub bermula pada hari ini 27 Jun 2022 hingga  28 Jun 2022.

Antara program yang menarik sepanjang berlangsungnya program ini iaitu bicara mufti daripada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Osman, cerapan langit malam, pelancaran kempen solat berjemaah dan semakan tarikh lahir bulan Islam.

Terima kasih diucapkan kepada jemaah yang hadir dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Surau Hajjah Halijah Taman Amalina Lestari dan Masjid Felda Krau 1 Raub, Pahang.