Jabatan Mufti Negeri Pahang

06.4.2021, Cameron Higlands Seminar Fiqh Astronomi peringkat Daerah Cameron Highlands telah berlangsung di Dewan Puncak Arabella pada hari ini.

Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan seminar ini bagi mempertingkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan ilmu Falak astronomi yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam dan satu ilmu yang perlu dipelajari khususnya setiap individu.

Penceramah jemputan iaitu Encik Shahrin Bin Ahmad telah menjelaskan isu-isu berkaitan gerhana bulan dan matahari  yang merupakan tanda keagungan Illahi.

Seminar ini juga telah dirasmikan oleh YH Dato’ Sri Dr Hj Abdul Rahman Bin Hj Osman, Mufti Negeri Pahang.