Jabatan Mufti Negeri Pahang

Bicara Mufti Peringkat Daerah Temerloh

TEMERLOH, 17 Julai 2022 – Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan Program Bicara Mufti Peringkat Daerah Temerloh bermula pada hari ini 17 Julai 2022 hingga  19 Julai 2022.

Antara program yang menarik sepanjang berlangsungnya program ini iaitu bicara mufti daripada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Osman, cerapan langit malam, pelancaran kempen solat berjemaah dan semakan tarikh lahir bulan Islam.

Terima kasih diucapkan kepada jemaah yang hadir dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.