Jabatan Mufti Negeri Pahang

Program Pemantapan Khatib Negeri Pahang Peringkat Daerah Kuala Lipis

Kuala Lipis, 06 Disember 2021– Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menganjurkan program Pemantapan Khatib Negeri Pahang Daerah Kuala Lipis bagi tahun 2021 pada hari ini. Seminar ini telah disampaikan Al-Fadhil Ustaz Shupian Bin Majid.

Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kewibawaan para Khatib dalam penyampaian khutbah berkesan serta mampu membangkitkan kesedaran kepada masyarakat Islam setempat dalam Negeri Pahang.

Seramai 80 orang peserta yang terlibat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekangkan penularan wabak Covid-19. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Lipis bekerjasama dalam menjayakan program seminar ini.Ucapan perasmian dan cenderahati telah disampaikan oleh YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman (Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang).