Jabatan Mufti Negeri Pahang

KEPUTUSAN FATWA 2020

Oleh : Mesyuarat Khas 1 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali pertama / 2020 pada 17 Mac 2020

Keputusan :

Mesyuarat telah mengambil makluman bahawa :

 

  1. Corona Virus adalah sejenis virus yang baru yang belum mempunyai vaksin untuk tujuan penyembuhan
  2. Corona Virus mengambil masa inkubasi selama 14 hari . Oleh itu , di dalam tempoh tersebut beberapa gejala seperti demam , batuk dan sukar bernafas akan dirasa oleh pesakit Covid-19.
  3. Covid-19 boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia lain yang disebut ‘‘ kontek rapat ‘‘ .
  4. Pertubuhan kesihatan sedunia ( WHO ) telah mengisyhtiharkan ia sebagai pandemik . Sebanyak 135 buah negara telah dijangkiti . Ia berasal dari Wuhan , China .
  5. Setakat ini , China , Itali , Arab Saudia dan Singapura telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP )
  6. Perkembangan terkini seramai 432 orang telah dijangkiti di Malaysia . Manakala 42 orang telah sembuh . Sebahagian besar adalah berkaitan dengan kes kluster tabligh yang berhimpun di Sri Petaling
  7. Taburan kes di Pahang ; Kuantan 7 , Pekan 7 , Jerantut 4 , Bentong 4 dan Temerloh 1 .

 

 

  1. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berusaha untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada pemimpin dan orang ramai bahawa Covid-19 adalah wabak penyakit yang dijangka akan berlarutan dan bertambah serta akan memakan korban yang ramai .
  2. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah dan akan menyaring pesakit-pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan kontek-kontek rapat mereka , membuat kawalan infeksi atau nyahkuman di tempat – tempat tertentu dan memantau kesihatan anggota-anggota yang menguruskan kes-kes Covid-19 .

Oleh : Mesyuarat Khas 1 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali pertama / 2020 pada 17 Mac 2020

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju menangguhkan Solat Jumaat dan Solat Fardhu secara berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti-aktiviti agama lain yang melibatkan jumlah yang ramai . Walau bagaimanapun , azan hendaklah dikumandangkan pada setiap waktu solat .

Mesyuarat juga bersetuju pengurusan jenazah orang Islam yang mati akibat wabak Covid-19 tidak menggunakan tatacara pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola 100 peratus . Ini kerana Covid-19 dan Ebola adalah berbeza . Maka dengan itu , mesyuarat memutuskan agar menggunakan beg plastik khas bagi mayat dan hanya tayamum sahaja dibuat jika keadaan terlalu bahaya bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada mayat .

Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 2 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 19 April 2020

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju memutuskan untuk menerima kaedah bayaran zakat fitrah secara tertangguh melalui sistem MYSMS 15888 berdasarkan hukum syarak.

Walaubagaimanapun , kaedah MYSMS 15888 ini hendaklah hanya sebagai salah satu pilihan sahaja disamping kemudahan kaedah-kaedah pembayaran secara tunai melalui internet yang turut ditawarkan oleh MUIP kepada pembayar zakat seperti Maybank2U , CIMB Click dan lain-lain .

Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 2 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 19 April 2020

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju menyambung tempoh penangguhan solat Jumaat , solat Jemaah serta aktiviti-aktiviti keagamaan lain yang melibatkan jumlah yang ramai di Negeri Pahang . Ini kerana aktiviti harian yang melibatkan perhimpunan yang ramai akan mengakibatkan Covid-19 akan cepat merebak . Penangguhan ini akan berkuatkuasa sehinggalah wabak ini berakhir yang tempohnya akan diumumkan oleh pihak kerajaan .

Walaubagaimanapun , pegawai-pegawai masjid yang bertugas seperti imam , bilal dan siyak dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dengan mengikut SOP yang telah disediakan oleh KKM . Iaitu dengan penjarakkan sosial , memakai mask , dan menggunakan hand sanitizer .

 Mesyuarat bersetuju untuk tidak membenarkan sebarang pusat tahanan ( penjara dan pusat serenti ) serta masjid terpencil Pulau Tioman dan lain-lain zon hijau untuk diberi pengecualian daripada penangguhan yang telah diputuskan. Ini kerana jika berlaku jangkitan di tempat-tempat tersebut akan menyukarkan keadaan para petugas seperti warden , polis , KKM, dan sebagainya untuk mengawasi para tahanan tersebut di hospital .

Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 3 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 12 Mei 2020

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju memutuskan hanya masjid negeri , Masjid KUIPSAS , dan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) cawangan Kuantan yang terpilih bagi melaksanakan solat Jumaat pada permulaan.

Di samping syarat-syarat KKM iaitu penjarakan sosial , memakai topeng muka , penggunaan hand sanitizer dan pengimbasan suhu badan , para jemaah akan berhadapan dengan tapisan yang ketat untuk menunaikan solat Jumaat .

Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 3 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 12 Mei 2020

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa ;

  1. Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan di rumah masing-masing . Keputusan ini dibuat kerana solat Hari Raya Aidilfitri adalah hukumnya sunat muakkad menurut mazhab Syafie . Justeru , tidak perlu kepada perhimpunan yang besar di dalam situasi wabak Covid-19 yang masih mengancam nyawa.
  2. Mesyuarat menolak cadangan solat hari raya dilaksanakan di padang-padang awam . Ini kerana dibimbangi jumlah kehadiran terlalu ramai dan sukar dikawal disamping faktor cuaca yang tidak menentu dan kerap hujan di Negeri Pahang.
  3. Mesyuarat bersetuju takbir raya di masjid-masjid hanya dikumandangkan oleh pegawai-pegawai masjid yang bertugas mengikut jadual masing-masing dan menggalakkan orang ramai bertakbir hari raya di rumah masing-masing dan tidak menggalakkan orang ramai ziarah- menziarahi bagi tujuan takbir beramai-ramai di rumah-rumah tertentu . Begitu juga dengan tahlil arwah .

Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 4Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 11 Jun 2020

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju memutuskan untuk membenarkan agar surau dan masjid beroperasi kembali dan dibuka kepada orang ramai di Negeri Pahang yang berstatus warganegara .

Pembukaan kembali masjid dan surau ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti solat Jumaat , jemaah , solat hari raya korban , kulliyah maghrib( terbatas masanya sehingga masuk waktu waktu solat isyak sahaja) dan kulliyah subuh secara ringan ( sekitar 20 hingga 30 minit ) . Namun untuk menganjurkan ceramah agama secara besar-besaran masih dilarang . Masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan sebarang jamuan makan selepas kuliyah-kuliyah tersebut .

Selain solat dan kuliyah agama , akad nikah dan pelaksanaan ibadah korban juga dibenarkan dilakukan di masjid dan surau .

Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 4 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 11 Jun 2020

Keputusan :

  1. Ibadah korban semasa PKPP COVID-19 boleh dilaksanakan di negeri ini di lokasi-lokasi penyembelihan berikut ;
  2. Rumah sembelihan ( Abbattoir ) Jabatan Perkhidmatan Veterinar ( DVS)
  • Kompleks Abbatoir Kuantan
  • Kompleks Abbatoir Temerloh
  • Kompleks Abbatoir Kuala Lipis
  • Kompleks Abbatoir Bentong
  • Kompleks Abbatoir Raub
  1. Rumah penyembelihan“ Ruminan“ swasta yang dilesenkan oleh DVS
  • Permatang Pauh , Pekan
  • Kampung Langgar , Pekan
  • D Ladang Trading , Jengka
  1. Masjid atau surau yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan penyembelihan
  2. Pelaksanaan ibadah korban hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebagaimana berikut ;
  3. Semua masjid dan surau boleh melaksanakan Ibadah Korban kecuali kawasan yang telah disyaratkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD) .
  4. Semua masjid dan surau yang hendak melaksanakan ibadah korban hendaklah menghantar permohonan bertulis kepada pihak berkuasa agama bagi kelulusan .
  5. Garis panduan dan tatacara pelaksanaan akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang dengan dibantu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Jabatan Mufti Negeri Pahang atau jabatan dan pihak-pihak berkepentingan .