KEPUTUSAN FATWA 2017
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada 27 April 2017 |
Keputusan : Hukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal adalah seperti berikut:
- Hampir 60% produk makanan di Malaysia mengandungi Asid Tartarik. Kebanyakkan pengusaha industri makanan halal di Malaysia mendapat pensijilan halal daripada Jakim dan sijil halal luar negara yang beriktiraf oleh Jakim
- Asid Tartarik dihasilkan melalui 2 kaedah iaitu secara semulajadi dan saintifik.
- Mesyuarat menagguhkan keputusan hukum pengguanaan asid tartarik dalam industri makanan halal sehingga pihak JAKIM membuat kajian semula terhadap kandungan Asid Tartarik dan kaedah penghasilannya dan Muzakarah Fatwa Kebangsaan membuat keputusan.
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada 27 April 2017 |
Keputusan : Hukum Pelupusan Anggota, Tisu, Dan Janin Orang Islam adalah seperti berikut:
- Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin orang Islam hendaklah diuruskan berdasarkan kepada syarak.
- Sekiranya anggota tersebut terpotong daripada jasad semasa hidup maka ia hendak ditanam tanpa dibasuh dan disolatkan.
- Sekiranya ia adalah anggota yang dijumpai selepas daripada mati maka ianya hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan
- Janin yang gugur ( tidak cukup bulan ) dan mempunyai tanda hidup tetapi bersifat maka ia hendaklah dimandi, dikafan, dan dikebumikan
- Janin yang gugur berupa ketulan daging yang tidak bersifat maka disunatkan dibungkus dan ditanam tanpa dimandi dan disembahyangkan
- Hukum melupuskan anggota, janin dan tisu orang Islam secara pembakaran adalah haram kecuali darurat
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada 27 April 2017 |
Keputusan : Aktiviti Dan Kedudukan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin adalah seperti berikut:
- Aktiviti dan amalan perbomohan raja bomoh sedunia Ibrahim bin Mat Zin mempunyai unsur yang bertentangan dengan syarak.
- Hukum amalan Raja Bomoh sedunia Ibrahim bin Mat Zin adalah haram dan membawa kepada syirik