Jabatan Mufti Negeri Pahang

KEPUTUSAN FATWA 2014

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2014, pada  27 Ogos 2014

Keputusan : Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Seperti Salib adalah seperti berikut :

Pemakaian lambang salib dan seumpamanya atau lambang agama selain Islam atau lambang-lambang yang bercanggah dengan syarak adalah Haram

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2014, pada  27 Ogos 2014

Keputusan : Hukum Pemakaian Inai Bercorak Menurut Syarak adalah seperti berikut :

  1. Hukum memakai inai bercorak menurut syarak adalah harus oleh kerana bagi wanita Islam untuk memakai inai sama ada yang bercorak atau sebaliknya pada anggota tubuh badannya termasuk tangan dan kaki serta lain-lain anggota
  2. Dilarang memakai inai bercorak atau mempunyai gambar dan lambang-lambang ajaran sesat, haiwan, kumpulan jahat, agama atau idealogi bukan Islam serta yang boleh merosakan aqidah
  3. Dilarang lelaki Islam memakai inai kecuali dengan qadar yang sedikit di bahagian jari tangan untuk menzahirkan perkahwinan dan bagi tujuan perubatan

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2014, pada  27 Ogos 2014

Keputusan : Hukum Memakan Daging dan Telur Belangkas adalah seperti berikut :

Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum memakan daging dan telur belangkas adalah harus kerana ia adalah haiwan hidupan air yang hidup satu alam.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Isu Perkahwinan Kanak-Kanak adalah seperti berikut :

 

  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan, perkahwinan kanak-kanak bukan merupakan perkara yang wajib atau sunat. Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan. Perkahwinan pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh para sahabat lebih kepada menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Ia termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada ketentuan Maqasid Syariah dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu “Menjauhi Kerosakan” (Dar’ al-Mafasid) serta “Mengambil Maslahat” (Jalb al-Masalih).
  2. Sehubungan itu, berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.
  3. Mesyuarat juga bersetuju memutuskan supaya pihak-pihak berkuasa berkaitan memperketatkan syarat-syarat perkahwinan kanak-kanak dan memastikan pelaksanaannya dijalankan  mengikut 

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Percukaian Menurut Pandangan Islam adalah seperti berikut :

  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum kerajaan mengutip cukai daripada rakyat adalah Harus dengan syarat hasil cukai tersebut digunakan bagi tujuan kepentingan dan kebajikan rakyat. Kutipan cukai ini termasuk daripada keperluan Siasah Syariyah yang dilaksanakan oleh pemerintah.
  2. Hasil cukai yang dikutip daripada rakyat hendaklah tidak digunakan bagi tujuan yang haram dan pembaziran.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Terhadap Perpaduan Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan umat Islam di Pahang hanya dibenarkan mengikuti dan beramal dengan akidah berdasarkan pegangan As-Syairiyah Wal- Maturidiyyah dan feqah berdasarkan Mazhab Syafie.
  2. Amalan dan pegangan kepada fahaman Tauhid Rububiyah dan Al-Wahiyyah serta Asmaul Husna adalah tidak sesuai diamalkan di Negeri Pahang kerana ianya bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan pegangan As-Syairah Wal- Maturidiyyah.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Hukum Pemindahan Dan Pendermaan Rahim adalah seperti berikut :

  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan dan pemindahan rahim semasa hidup adalah tidak diharuskan kerana ia memberikan mudarat kepada penderma. Keperluan bagi pendermaan rahim di Malaysia belum lagi sampai ke tahap darhurah.
  2. Manakala pendermaan rahim bagi yang telah meninggal dunia maka hukumnya adalah harus sebagaimana hukum berkaitan dengan pendermaan organ berdasarkan kepada hukum syarak

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Hukum Amalan Toast Dalam Majlis Makan Beradat Angkatan Tentera Malaysia  adalah seperti berikut :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa amalan tasyabuh berkaitan akidah adalah dilarang dan haram mengamalkannya. Manakala tasyabuh budaya yang tidak bertentangan dengan syarak adalah diharuskan

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis Dalam Pembuatan Ubat Tradisional adalah seperti berikut :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Cordyceps Sinensis dalam pembuatan ubat tradisional adalah harus sama ada dihasilkan secara semula jadi atau melalui pembenihan dalam makmal, ini kerana  tidak termasuk dalam hukum memakan sesuatu yang najis .

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Ajaran Ilmu Makrifat ( Mengenal Allah/ Diri ) Oleh Yusof Cik Wook Yang Di Sebarkan Oleh Haji Shaari Mohd Yusof adalah seperti berikut :

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum beramal dengan ajaran Ilmu makrifat ( mengenal Allah/ diri ) oleh Mohd Yusok Cik Wok adalah haram kerana ianya sesat dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014

Keputusan : Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Di Syiria Atas Nama Isis  adalah seperti berikut :

 

  1. Islamic State of Iraq and Syria(ISIS) atau Islamic State of Iraq and Leviant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.

Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman.

  1. Para Ulama  Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di  zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.
  2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Jawatankuasa berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.
  3. Oleh itu, Jawatankuasa menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.
  4. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum berjuang di Syiria dan Iraq atas nama negara Islam Iraq dan Syiria ( ISIS ) adalah tidak diharuskan. Perjuangan tersebut tidak termasuk didalam konsep jihad yang diharuskan oleh Syarak. Ini kerana peperangan yang berlaku adalah diantara sesama Islam yang diharamkan untuk saling berbunuhan.

Oleh

:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015

Keputusan : Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Dikalangan Wanita Islam Di seluruh Malaysia  adalah seperti berikut :

 Mesyuarat bersetuju memutuskan pada kadar 500 gram sehingga terdapat kajian semula yang dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.