KEPUTUSAN FATWA 2023
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA
PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG 1/2023
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 01/2023 yang bersidang pada 16 Februari 2023 telah membuat keputusan seperti berikut :-
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan agar dibuat satu bengkel khas bagi memperincikan secara tuntas perkara-perkara yang dianggap darurat yang membolehkan peruntukkan fi sabilillah diguna bagi tujuan penyelenggaraan masjid di negeri Pahang
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 01/2023 yang bersidang pada 16 Februari 2023 telah membuat keputusan seperti berikut :-
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan harga zakat fitrah bagi 1444H/2023M adalah sebanya RM 7.00 berdasarkan harga beras semasa.
Mesyuarat juga memutuskan agar kutipan zakat fitrah berdasarkan beras sebenar yang dimakan secara harian oleh umat Islam di Negeri Pahang iaitu jika makan beras yang mahal maka bayaran zakat fitrah wajiblah dibayar dengan kadar yang lebih.
Sehubungan dengan itu mesyuarat mencadangkan agar bagi memudahkan pengurusan dan tidak memerlukan kos sampingan bagi mereka yang menjadikan beras yang terbaik sebagai makanan harian. Mereka dikehendaki mengambil dua atau tiga resit bagi setiap seorang bagi ahli keluarga mereka.
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut agar MUIP membuat hebahan awal di tempat awam, mencetak poster dan memanggil semua amilnya bagi menerangkan keputusan yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang ini bagi kebaikan semua.
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 01/2023 yang bersidang pada 16 Februari 2023 telah membuat keputusan seperti berikut :-
Keputusan :
- Sepanjang dua tahun penubuhan Pusat Susu Bonda Halimatussadia SASMEC telah mencapai pelbagai perkembangan dan kejayaan antaranya pengiktirafan dari kementerian pengajian tinggi, lawatan ke pusat luar perasmian (Glasgow) menjadi penanda aras bagi pusat susu di Malaysia, berlangsungnya perasmian pusat susu bonda oleh KDYM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, menerima kunjungan dari pelbagai agenda kementerian pengajian tinggi, Jabatan Kesihatan Johor pelajar-pelajar Indonesia dan sebagainya.
- Pusat susu bonda juga telah berjaya membuat dan mengeluarkan sistem rekod melibatkan senarai penderma susu, jumlah bayi yang menerima susu dan bilangan kali susu yang diberi kepada seseorang bayi secara digital bagi mengelakkan berlaku anak susuan (mahram) yang jika dibeli dari pihak luar mencecah harga ratusan ribu ringgit. Sistem ini dibuat dan dicipta oleh pakar IT dari UIAM sendiri dengan kos hanya lebih kurang RM 10 ribu ringgit sahaja.
- Beberapa masalah juga berlaku seperti berlaku pencemaran susu yang ingin diberikan kepada bayi pramatang (pencemaran akaibat kewujudan bakteria di dalam susu yang didermakan. Oleh itu langkah-langkah pencegahan yang kritikal telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut dan ia telah berjaya.
- Pihak susu bonda SASMEC telah menjelaskan bahawa bimbingan dari Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah semuanya dipatuhi oleh mereka dan kini telah menjadikan Pusat Susu Bonda Halimatussadia UIAM sebagai pusat susu patuh syariah yang pertama di dunia dan ianya terletak di Kuantan, Pahang.
- Dalam tempoh 2 tahun ini Pusat Susu Bonda telah menerima 7 orang penderma susu iaitu pada tahun 2021 4 orang (3 penderma mempunyai bayi yang permatang) pada tahun 2022 sebanyak 2 penderma kedua-duanya mempunyai bayi pramatang. Manakala bagi 2023 seorang penderma yang bayinya dilahirkan cukup bulan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 05/2023 yang bersidang pada 16 Februari 2023 telah membuat keputusan seperti berikut :-
Keputusan :
- Pekerja pengendali kren wajib menunaikan solat fardhu 5 waktu. Keringanan dari sudut syarak sewaktu menunaikan solat tersebut adalah bergantung kepada syif mana yang mereka terlibat.
- Hanya syif ke 2 dan 3 iaitu bermula pukul 3 petang hingga 11 malam dan 11 malam hingga 7 pagi: yang paling banyak mendapat rukhsoh kerana melibatkan 3 waktu solat iaitu solat asar, maghrib dan subuh. Manakala bagi waktu Isyak mereka dibolehkan solat seperti biasa di rumah atau surau tempat bekerja.
- Oleh itu, menunaikan solat pada waktu-waktu tersebut; ketika mengangkat takbir mereka hendaklah menghadap kiblat terlebih dahulu kemudian bolehlah kembali ke posisi asal (tidak menghadap kiblat) kerana faktor masaqqah (keadaan kren yang kecil dan sempit dan tidak boleh dipesongkan ke arah kiblat).
- Manakala, bagi tujuan taharah mereka disarankan membawa air dalam botol bagi memudahkan untuk berwuduk. Dengan cara menyemburkan air melalui botol spray tersebut dan terlihat aliran air pada anggota wuduk.
- Ada pun bagi syif yang lain 7 pagi hingga 3 petang pekerja boleh melaksanakan solat zohor setelah turun dari kren mereka secara biasa.
- Bagi solat Jumaat pula, jika ada pekerja bukan Islam yang boleh menggantikan mereka hendaklah perkara itu dilaksanakan namun jika tiada atau kesukaran kerana pekerja bukan islam haya sedikit jumlahnya pihak pengurusan hendaklah menyusun jadual yang spesifik agar pekerja tidak akan meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali berturut-turut.
- Bagi solat maghrib dan isyak para pekerja yang terlibat di dalam syif tersebut dibenar melaksanakan solat jamak secara tamam (bukan jamakdan qasar) kerana faktor masyaqah sama ada solat jamak takdim (tiga rakaat dan empat rakaat) dan takhir (empat rakaat dan tiga rakaat) iaitu sewaktu masa rehat pekerja di dalam kren yang tidak dibenarkan untuk tujuan demi tugas
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) yang bersidang pada 27 Mac 2023 telah membuat keputusan seperti berikut :-
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan agar draf tersebut dibuat penelitian semula oleh ahli-ahli dan di buat penambahbaikan sekiranya ada bagi diangkat kepada YB Penasihat Undang-Undang bagi tindakan selanjutnya