KEPUTUSAN FATWA 2018
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2018, pada 8 Mac 2018 |
Keputusan : Hukum Memakai Kanta Lekap Yang Bercorak adalah seperti berikut:
- Hukum memakai kanta lekap bercorak adalah harus dengan syarat ianya mendapat nasihat daripada pakar perubatan. Namun apabila ia mendatangkan mudharat maka hukumnya adalah haram.
- Harus memakai kanta lekap bercorak bagi tujuan perhiasan kepada suami dan haram tabaruj ( berhias ) yang melampau kepada bukan muhrim.
Oleh | : | Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2018, pada 13 Ogos 2018 |
Keputusan : Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah seperti berikut:
- Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) adalah wajib ke atas umat Islam apabila mencukupi nasab walaupun tertangguh dari segi pemilikan
- Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hendaklah dibayar selepas penerima secara serta merta tanpa menunggu haul satu tahun setelah ditolak bahagian wasiat dan hutang
- Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi pihak si mati tidak wajib dikeluarkan zakat kerana ia menjadi harta pusaka